Jika anda berhasrat atau ingin mengembangkan perniagaan walaupun perniagaan kecil atau besar anda mestilah mempunya modal yang besar bagi memulakan sesuatu perniagaan.

Melainkan jila anda mempunyai pertolongan keluarga ataupun mempunyai wang simpanan yang sudah mencukupi. Cara lain yang komersil untuk mendapatkan wang yang tertentu adalah dengan melalui pinjaman perniagaan dari bank tempatan.

Kami sedia membantu. Kami boleh membantu anda memohon pinjaman perniagaan dengan bank. Sekiranya profil kredit anda cantik, tahniah, permohonan anda mungkin diluluskan.

Contact for Free Consultation

+6019-999 4012

  1. Pinjaman perniagaan MARA

MARA atau lebih dikenali lagi sebagai Majlis Amanah Rakyat yang merupakan satu agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan juga Wilayah bagi berusaha untuk membantu usahawan atau peniaga Melayu dan Bumiputera dari segi keusahawanan, pendidikan dan juga pelaburan. Selain itu, MARA juga menawarkan skim pinjaman perniagaan diantaranya ialah seperti yang berikut:

  • Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP)

Skim ini adalah bertujuan untuk membiayaai projek projek yang berkaitan dengan perdagangan, perkhidmatan, pembuatan serta pengangkutan. Kadar pinjaman bagi skim ini adalah maksimum sehingga RM250,000 bagi Syarikat Milik Tunggal ataupun Persendiriran. Manakala maksimum sehingga 500,000 adalah untuk Syarikat Sendirian Berhad. Selain itu, Kelayakan pinjaman ini adalah berdasarkan pernilaian dari pihak MARA terlebih dahulu mengenai belanjawan yang kasar bagi sesuatu projek

  • Skim Pembiayaan Komersial

Skim ini adalah untuk membiayai kos pembelian premis ataupun kepada mereka yang sudah mempunyai tempat kekal dan sudah siap pembinaan premis perniagaan di atas tanah milik sendiri. Kadar pinjamannya pula adalah seperti yang tertakluk kepada SPPP.

  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)

Bagi kategori SPiKE pula adalah untuk membantu kerja kerja kontrak pembinaan, bekalan, perkhidmatan dan juga eleketrik. Kadar pinjaman ini adalah maksimum sehingga RM500,000 dan hanya diberikan kepada kontraktor yang memiliki kelas F , D dan E.

Bagi keempat empat skim pinjaman perniagaan yang ditawarkan oleh Mara, Syarat syaratnya adalah seperti yang berikut:

  • Warganegara Malaysia (Melayu atau Bumiputera sahaja)
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan yang tertentu sahaja
  • Meniaga sepenuh masa
  • Memiliki lesen / permit serta surat kebenaran dari pihak berkuasa
  • Sumbangan modal permohonan sebanyak 10% daripada kos projek
  • Menjalani ujian Psikometri melainkan Skim SPiKE
  • Bagi peniaga atau usahawan yang boleh menceburi perniagaan sekurang kurangnya daripada 6 bulan, harus mengikut Kursus Keusahawanan
  • Boleh mengemukakan cagaran atau jaminan yang mencukupi

Contact for Free Consultation

+6019-999 4012

2. Pinjaman perniagaan Bank Rakyat

Bank Rakyat juga menawarkan 3 jenis skim pinjaman perniagaan iaitu Pembiayaan Berjangka- i , Pembiayaan Mikro-i MPPK dan Pembiayaan Mikro- i Musk

Untuk skim Pembiayaan Berjangka-i pula bertujuan untuk syarikat dan badan koperasi yang berlandaskan prinsip Syariah Bai Al-Inah (perjanjian beli dan jual semula) Al – Istina ( Proses pembayaran yang dilakukan mengikut peringkat dalam pengeluaran atau pengeluaran barang yang telah ditetapkan) Selain itu, Al-Bai Bithaman Ajil (bagi mana mana Bank yang akan memberikan pinjaman kepada pelanggan untuk memiliki hartanah secara pembelian aset bertunai dengan menjualnya balik kepada pelanggan mengikut harga kos dan keuntungan)  Marginnya adalah sehingga 80% keperluan modal kerja dan tempoh pembayaran maksimum sehingga 10 tahun. Antara syarat syaratnya adalah seperti yang berikut:

  • Mempunyai maklumat yang lengkap bagi tujuan pembiayaan
  • Membekalkan dokumen aliran tunai serta keuntungan atau kerugian projek
  • Membekalkan laporan juru nilai hartanah yang akan dijadikan jaminan (jika ada/perlu)

Seterusnya adalah Pembiayaan Mikro- i MPPK atau istilah penuhnya dikenali sebagai Pembiayaan Mikro Penjaja dan Peniaga Kecil. Skim ini diperkenalkan oleh KPDNKK atas dasar untuk membantu menaikkan taraf perniagaan penjaja dan peniaga kecil. Kadar pinjaman maksimum sehingga RM3,000 dengan tempoh pembayaran balik diantara 12 hingga 36 bulan sahaja. Syarat syaratnya adalah seperti yang berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur diantara 18 hingga 60 tahun
  • Hanya tertakluk kepada penjaja dan juga peniaga kecil yang meniaga mikro enterprise dengan sepenuh masa sama ada milik tunggal, persendirian, ataupun perkongsian.
  • Mempunyai lesen/permit atau daftar perniagaan dengan secara sah yang dikeluarkan oleh Suruhan Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Tidak diisytiharkan muflis atau bankrap.
  • Tidak mempunyai pinjaman mana man mikro yang masih berurusan dengan pihak bank ataupun agensi lain.
  • Dokumen yang diperlukan ialah salinan kad pengenalan, boring permohonan pembiayaan Mikro-i MPPK, dan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM) ataupun Pihak erkuasa tempatan (PBT)
  • Caj duti setem akan dikenakan sebanyak RM5.00 bagi setiap RM1,000 atau sebahagian daripadanya.

Pembiayaan Mikro- i Musk pula, skim pembiayaan ini ditubuhkan bagi membantu mereka yang penjaja ataupun peniaga kecil untuk mengembangkan perniagaan. Kadar pinjaman ini adalah diantara RM1,000 minimum sehingga lah maksimum yang diberi ialah RM50,000. Skim ini direka khas dan layak diberi kepada anggota koperasi atau persatuan penjaja dan Peniaga kecil dalam sektor perniagaan Borong, Runcit, Perkilangan, Perkhidmatan serta Industri lain yang  disahkan oleh Bank Rakyat. Syarat syarat kelayakan adalah seperti yang berikut.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur diantara 18 tahun dan tidak menjangkau usia lebih dari 65 tahun semasa tamat tempoh pinjaman.
  • Ahli ahli KBD yang memiliki rekod pembiayaan yang baik (Sekurang kurangnya tidak melebihi 4 minggu dari tunggakan)

3. Pinjaman perniagaan Bank Islam

Bank Islam menawarkan 3 jenis pembiayaan diantaranya ialah Pembiayaan PKS Al – Ansar , Pembiayaan Premis Perniagaan dan juga Pembiayaan Perolehan & Kontrak- i (PCF-i).

Skim pinjaman perniagaan yang pertama adalah bagi membantu usahawan Melayu atau Bumiputera serta Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dengan kerjasama antara Bank Islam dan Tabung Haji. Pembiayaan yang diberinya pula adalah atas tujuan keperluan perbelanjaan modal perniagaan. Kadar pinjaman sekurang kurangnya minimum RM50,000 sehingga maksimum RM1 juta dengan tempoh bayaran dari 3 hingga 5 tahun. Syarat syarat yang diminta adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera yang memiliki 100% perniagaan sepenuhnya
  • Perniagaan hendaklah aktif dalam minimum 2 tahun
  • Mempunyai rekod keuntungan dari hasil perniagaan dalam minimum 1 tahun

Yang kedua adalah Pembiayaan Premis perniagaan, yang ditujukan kepada semua jenis entity perniagaan termasuk jenis hartanah (rumah kedai, kedai pejabat) sama ada siap dibina atau masih dalam pembinaan. Margin pembiayaannya pula adalah sehingga 150% dari nilai pasaran terbuka atau perjanjian jual dan beli termasuk insuran Takaful Kebakaran, MRTT, dan juga duti setem serta fi peguamcara

Terakhir adalah Pembiayaan Perolehan & Kontrak-I (PCF-i) yang ditubuhkan atas dasar untuk membantu keperluan perniagaan melalui kontrak. Syarat syaratnya adalah seperti yang berikut:

  • Mempunyai rekod prestasi minimum 3 tahun
  • Hanya direka khas untuk Kontraktor Utama / Sub-Kontraktor yang dilantik , penjual atau pembekal
  • Kontraktor yang dilantik oleh kerajaan, badan berkanin, syarikat yang melibatkan kerajaan atau syarikat korporat yang diiktiraf oleh Bank
  • Berdaftar dengan badan badan pensijilan atau pelesenan yang berkaitan

Contact for Free Consultation

+6019-999 4012

4. Pinjaman perniagaan TEKUN

TEKUN adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Agensi ini ada menawarkan Skim Pinjaman Mikro (RM1,000 – RM10,000) Skim Pinjaman Kecil (RM10,000 – RM50,000) dan Skim Pinjaman Sederhana (RM50,000 – RM 100,000). Syarat syarat yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia untuk Bumiputera dan masyarakat india (Program Khas Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India – SPUMI)
  • Berumur diantara 18 hingga 65 tahun
  • Mempunyai lesen, permit dan juga pendaftaran perniagaan yang sah dikeluarkan oleh SSM
  • Mempunyai lokasi perniagaan yang khusus ataupun berniaga secara mobile
  • Meniaga sepenuh masa (Pembiayaan sehingga RM5,000 boleh dipertimbangkan bagi peniaga sambilan)
  • Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM100,000
  • Mempunya modal sendiri sebanyak 20% daripada keperluan pinjaman atau perniagaan sebagai salah satu komitmen (kecuali permohonan untuk siswazah)

Telah beroperasi ataupun mempunyai cadangan perniagaan yang berpotensi

5. Pinjaman perniagaan BSN

Untuk BSN pula mereka menawarkan Pembiayaan Mikro untuk Perniagaan dengan jumla minimum RM5,000 sehingga maksimum RM50,000. Skim ini adalah khas untuk modal kerja atau memperluaskan perniagaan. Syarat syaratnya adalah seperti yang beritkut:

  • Hanya direka khas kepada peniaga dalam sektor pembuatan, perkhidmatan atau pemborongan
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur diantara 21 hingga 60 tahun
  • Peniaga yang bekerja sendiri atau menceburi peruasaan mikro
  • Mempunyai lesen perniagaan yang sah
  • Meniaga sepenuh masa

Apa yang kita boleh lihat, setiap bank mempunyai syarat syarat kelayakan yang tersendiri. Dan kadang kadang ianya susah untuk mendapatkan kelulusan dan senang senang ditolak oleh pihak bank. Tetapi dengan adanya kami anda tidak perlu risau lagi kerana kami tidak mempunyai atau meminta banyak syarat untuk mendapatkan kelulusan proses pinjaman walaupun anda mempunya skor kredit yang buruk ataupun telah disenarai hitam oleh pihak bank.

Dengan adanya kad pengenalan anda sahaja kami dapat membantu menyelesaikan masalah yang anda lalui. Selain itu, slip gaji 3 bulan terkini juga diperlukan. Anda juga tidak perlu untuk bersusah payah menyediakan atau mengemukakan apa apa dokumen bagi meluluskan proses permohonan. Kami berkhusus di sekitar KL, seperti Cheras, KLCC, Ampang, Kepong, Bandar Tun Razak dan juga sekitar Selangor, seperti Petaling Jaya, Puchong, Subang, Putrajaya, Bangsar, Klang, Rawang, Sungai Buloh dan Semenyih.

Kami juga menawarkan pinjaman perniagaan khas bagi sektor swasta. Untuk maklumat yang lebih jelas dan lebih banyak anda boleh melayari laman web kami seperti pinjaman sme, pinjaman peniaga kecil dan pinjaman bisnes atau terus menghubungi kami di talian.